BOTOL SUSU
nie la rutin harian aku..."MERENDAM BOTOL SUSU" anakku..
Botol susu yang bebas Bisphenol A atau BPA biasanya dilabelkan dengan perkataa “BPA free” atau “Bebas BPA“. Sila ambil langkah awal dengan menukar botol susu polikarbonat anda kepada susu botol bayi bebas BPA.
Sekiranya masih menggunakan susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA sila ikuti langkah-langkah berikut:
1) Steril botol susu mengikut arahan di label. Sekiranya tiada, rendam botol susu dalam air mendidih selama 5 hinga 10 minit.
2) Elakkan mengunakan air panas secara terus di dalam botol susu semasa membancuh susu.
3) Cuci botol susu menggunakan span atau berus yang lembut untuk mengelakkan rosak atau calar.
4) Sentiasa memeriksa permukaan dalam botol susu. Jika rosak atau calar gantikan dengan yang baru. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Seeloknya, gunakanlah botol susu bayi yang bebas BPA. Untuk kesihatan anak-anak kita juga.
p/s: Info dan saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia


0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama